top of page

Ambil peluang mantapkan koperasi dan keusahawanan daripada IKMa

  • nabalunews
  • Feb 16
  • 2 min read

16 Februari 2025


SEMPORNA: Para usahawan dan pengurusan koperasi disaran untuk menyahut peluang yang disediakan menerusi Institut Koperasi Malaysia (IKMa).


Ahli Lembaga Pengarah, Institut Koperasi Malaysia (IKMA), Datuk Basari Sarkun berkata, organisasi seperti IKMa adalah wadah terbaik untuk mendapatkan latihan dan ilmu bimbingan bagi menjana pendapatan komuniti.


Katanya, bimbingan dan latihan amat penting untuk mengurus koperasi bagi menangani masalah koperasi tidak aktif kerana tidak mampu bersaing dengan persekitaran.

“Di sinilah peranan IKMa amat diperlukan bagi membimbing koperasi dan juga perniagaan yang dijalankan.


“Makanya, bagi memastikan sesebuah koperasi itu terus berdaya saing, setiap ahli perlu tampil dan memainkan peranan

sama ada dari segi sumbangan idea, tenaga, kewangan dan sebagainya,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap sempena “Program Promosi Turun Padang Ke Arah Memperkasa Koperasi 2025”

(JOM@COOP), di Dewan Kampung Sisipan, di sini, semalam.

Menurutnya, ketika berhadapan dengan persaingan tidak kira domestik mahupun global, ahli lembaga koperasi dan anggota perlu memainkan peranan yang agresif untuk merancakkan aktiviti perniagaan dengan menggembleng sumber yang ada.


Katanya, maka IKMa adalah tempat yang sangat sesuai untuk mendapatkan latihan, kursus dan bimbingan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya kepada Ahli Lembaga dan anggota koperasi.


“Latihan ini diberi supaya pemimpin dan anggota-anggota koperasi dapat mentadbir dan mengurus koperasi dengan lebih cekap dan telus.


“Seterusnya memperkasakan model perniagaan baru yang berdaya saing dan lebih responsif terhadap perubahan persekitaran perniagaan,” katanya.


Sementara itu, Basari berkata, koperasi disarankan beralih daripada menjalankan perniagaan secara konvensional kepada adaptasi teknologi dan digitalisasi dalam penawaran produk dan perkhidmatan koperasi.


“Pemasaran melalui platform digital dan pembayaran secara atas talian merupakan norma baharu yang penting kepada perniagaan.


“Koperasi perlu mempelajari selok belok menggunakan platform digital untuk memperluas skop perniagaan mereka kerana ia mampu menjadi perantara terbaik untuk produk lebih dikenali ramai,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page