• nabalunews

ANAK GAJAH BORNEO PYGMY DITEMUKAN MATI DALAM LADANG SAWIT



21 Jan 2021

LAHAD DATU: Seekor anak gajah jantan Borneo Pygmy ditemukan mati oleh pekerja ladang sawit di kawasan sungai di Ladang Bagahak Saru, Tungku dekat sini pada Selasa.


Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu Silvester Saimin berkata bangkai anak gajah berusia kurang dua tahun itu dipercayai mati sejak seminggu lepas.


"Kesemua organ didapati mengalami autolisis teruk dan bentuk organ perut tidak dapat dinilai. Jantung dan paru-paru juga mengalami autolisis yang teruk.


“Punca kematian tidak dapat didiagnosis kerana bangkai mengalami autolisis yang serius,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Dalam pada itu, katanya sampel tisu paru-paru dan jantung haiwan itu sudah diambil bagi pengesanan Elephant Endotheliotropic Herpesviruses (EEHV) dan siasatan lanjut.


Silvester sebelum itu berkata bangkai anak gajah itu ditemukan dalam keadaan tidak mempunyai belalai, telinga kiri serta bibir kiri selain terdapat lubang pada bahagian perut disyaki dimakan haiwan pemangsa. - Bernama

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com