top of page

Madius Tegaskan Kekuatan UPKO Bermula Daripada Perpaduan Akar Umbi

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


KIULU, 27 Julai – Presiden Kehormat Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, menegaskan bahawa kekuatan parti bermula daripada perpaduan dan sokongan ahli di peringkat akar umbi, dalam satu perjumpaan bersama pimpinan dan ahli Pusat Daerah Mengundi (PDM) UPKO Simpangan serta kawasan sekitarnya tengahari semalam.


Perjumpaan yang berlangsung di Dewan Rantaka, Kampung Simpangan Lama, Pekan Nabalu, Kiulu itu turut dihadiri oleh kira-kira 100 ahli UPKO daripada pelbagai peringkat.



Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli berkata, sesi libat urus sebegini penting bagi mendengar secara langsung pandangan, cadangan serta harapan ahli, khususnya berkaitan hala tuju parti dan isu-isu setempat yang memerlukan perhatian segera.


"Saya sentiasa berpendapat bahawa kekuatan sesebuah parti bermula daripada perpaduan dan sokongan ahli-ahli di peringkat akar umbi. Sokongan dan kerjasama daripada semua adalah pendorong utama kepada saya untuk terus berkhidmat dengan lebih baik dan membawa suara masyarakat ke peringkat yang lebih tinggi," katanya.


Beliau turut memberi komitmen untuk terus memperkukuhkan UPKO di kawasan Simpangan dan sekitarnya melalui semangat kebersamaan, perpaduan dan kerjasama semua pihak tanpa mengira latar belakang.


Madius merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pimpinan serta ahli UPKO yang hadir dan terus memberikan sokongan padu kepada perjuangan parti.


Turut hadir dalam perjumpaan itu ialah Pengerusi PDM Simpangan serta barisan jawatankuasa dan ketua-ketua komuniti setempat.


Perjumpaan berlangsung secara santai itu diakhiri dengan sesi dialog terbuka serta jamuan ringan bersama ahli-ahli.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page