Ewon salur sumbangan Touch Point Takziah kepada keluarga mendiang Herbert Tinggu
- nabalunews
- 2 hours ago
- 1 min read

27 Julai 2026
Oleh Kidd
KOTA BELUD: Timbalan Ketua Menteri III Sabah merangkap ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, menyalurkan sumbangan Touch Point Takziah kepada keluarga mendiang Moringking @ Herbert Tinggu menerusi wakilnya di Kampung Narinang, di sini.
Sumbangan itu disampaikan oleh Pemaju Mukim Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), William Ginting, sebagai tanda simpati dan keprihatinan Ewon terhadap keluarga mendiang.
Mendiang Herbert merupakan pesara guru yang turut berkhidmat sebagai Elder Gereja Seventh-day Adventist Kampung Narinang serta dikenali sebagai seorang pemimpin masyarakat yang banyak berjasa kepada komuniti.
Selepas penyampaian sumbangan, rombongan bersama ahli keluarga dan penduduk kampung menghadiri upacara penghormatan terakhir di Gereja Seventh-day Adventist Kampung Narinang sebelum upacara pengkebumian.
Melalui wakilnya, Ewon turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang serta berharap mereka diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan insan tersayang.















Comments