top of page

Anak Sandakan dan Tawau terima Anugerah Pengarah sempena Majlis Konvokesyen PTS ke-6

  • nabalunews
  • 10 hours ago
  • 2 min read

Nur Syahidah (tengah) dan kedua ibu bapanya bersama Dr. Zamzam (kanan) dan Tahir (kiri).
Nur Syahidah (tengah) dan kedua ibu bapanya bersama Dr. Zamzam (kanan) dan Tahir (kiri).

14 September 2025


TAWAU: Anak kelahiran Sandakan, Nur Syahidah Abdul Huda dan pelajar asal Tawau, Donald Victor Aryan diumumkan sebagai graduan penerima Anugerah Pengarah sempena Majlis Konvokesyen Politeknik Tawau Sabah (PTS) kali ke-6 yang berlangsung di Hotel Royale Borneo, hari ini.


Kedua-dua graduan itu adalah lulusan Diploma Pengurusan Pelancongan masing-masing bagi Sesi 2023/2024 dan Sesi 2021/2025 serta turut menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum.


Anugerah tertinggi dalam majlis konvokesyen itu disampaikan Pengarah Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK), Dr. Zamzam Mohd Walid dengan disaksikan pengarah PTS, Tahir Leemat dan ibu bapa mereka.

Donald Victor (tengah) dan kedua ibu bapanya bersama Dr.Zamzam (kanan) dan Tahir (kiri).
Donald Victor (tengah) dan kedua ibu bapanya bersama Dr.Zamzam (kanan) dan Tahir (kiri).

Nur Syahidah dan Donald Victor adalah antara 67 graduan PTS yang menerima sijil graduasi masing-masing yang disampaikan Dr.Zamzam pada majlis penuh bermakna itu.


Dalam ucapan perasmiannya, beliau antara lain menyatakan tahun ini seramai 31, 115 graduan daripada Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) akan dan sedang diraikan dalam 28 majlis konvokesyen di seluruh negara.


Manakala, data tahun 2024 mencatatkan statistik kebolehpasaran graduan sebanyak 98.8 peratus yang sangat membanggakan, malah sehingga kini hampir 20, 000 buah industri berkolaborasi dengan PolyCC melibatkan pelbagai aktiviti berimpak tinggi.


“Antaranya, pelaksaan Work Based Learning, Latihan Industri Berstruktur serta Penajaan Pensijilan Profesional/Kompentensi dan sebagainya,”katanya.


Sementara itu, Tahir berkata, sejak konvokesyen kali pertama, PTS berjaya melahirkan jumlah keseluruhan graduan mencecah 348 orang sehingga kini.


Manakala, katanya, kadar kebolehpasaran graduan PTS yang direkodkan ialah 98.5 peratus, sekaligus membuktikan graduan institusi itu diyakini oleh pihak industri dan mempunyai peluang cerah untuk membina kerjaya.


Dalam masa yang sama, Tahir menggalakkan graduan menceburi bidang keusahawanan seperti memasarkan produk atau servis eko-pelancongan, budaya atau pengalaman komuniti tempatan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page