Anichlose kekal jawatan YDP PIBG SK Melangkap
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Anichlose kekal jawatan YDP PIBG SK Melangkap


Anichlose (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Yusri.

6 Julai 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Anichlose Kesimin kekal jawatan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Melangkap bagi sesi 2022-2023.


Beliau berkata, tanggungjawab menerajui kepimpinan PIBG bukanlah mudah namun harus ada keinginan dan wawasan bagi membantu dan menyokong setiap program sekolah demi kejayaaan anak bangsa di SK Melangkap.



“Matlamat dan pendapat setiap manusia tidak akan pernah sama, namun saya mengajak semua warga PIBG SK.Melangkap untuk memilih satu persamaan yang ada, berbanding sembilan yang berbeza demi masa depan yang cemerlang untuk anak-anak kita di sekolah ini,” katanya.


Anichlose berkata, antara peranan PIBG ialah membantu memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid.


Beliau turut merakamkan ucapan kasih kepada barisan warga pendidik sekolah dibawah pentadbiran Guru Besar Yusri Saimin atas sokongan dan kerjasama sepanjang sesi 2021-2022.

bottom of page