top of page

Anwar terima kunjungan hormat TPM Luxembourg

  • nabalunews
  • 25 minutes ago
  • 1 min read

ree

9 September 2025


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar dan Perdagangan Luar Luxembourg, Xavier Bettel di Seri Perdana, Putrajaya.


Anwar berkata, dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak menzahirkan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dua hala, khususnya dalam bidang perdagangan, pelaburan, kewangan dan logistik.


Katanya, pertemuan itu turut menjadi platform untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa, termasuk peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.


“Kami juga membincangkan situasi di Timur Tengah, khususnya Palestin, selain menekankan keperluan meningkatkan kerjasama erat melalui rangka Kesatuan Eropah demi manfaat bersama,” katanya menerusi hantaran ringkas di Facebook.


Kunjungan Bettel ke Malaysia merupakan lawatan sulung beliau ke negara ini sejak dilantik ke jawatan itu pada 2023.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page