Apakah perlu libatkan, kaitkan institusi pendidikan Malaysia isu konflik Israel - Hamas?
top of page
  • nabalunews

Apakah perlu libatkan, kaitkan institusi pendidikan Malaysia isu konflik Israel - Hamas?


27 Oktober 2023


Saya berasa terpanggil dan ingin merujuk satu surat tular di muka surat pertama yang datangnya daripada kononnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertajuk PELAKSANAAN MINGGU SOLIDARITI PALESTIN DI INSTITIUSI PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA bertarikh 21 Oktober 2023. Dan hairan kenapa tidak tambahkan saja perkataan SOLIDARITI PALESTIN – ISRAEL?


Bukankah selain rakyat awam Palestin, Rakyat awam Israel juga menjadi mangsa konflik ini? Persoalan di sini mengapakan KPM yang melaksanakan Program ini? Apa sebabnya, Apakah tujuan dan objektif sebenarnya?


Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai YDP PIBG membuat kenyataan ini bagi pihak Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK. ST. Theresa Inobong, Penampang untuk tidak menyokong dan membantah mengenai pelaksaan program ini lebih-lebih lagi di sekolah yang berasaskan sekolah mubaligh (Mission School).


Saya merujuk juga kepada kenyataan yang dibuat oleh beberapa NGOs di akhbar bertarikh hari ini 26.10.2023 (Khamis) dan menyokong penuh kenyataan itu.


Sebelum pelaksanaan program ini dijalankan, adakah KPM sudah mengkaji apakah impaknya kepada murid-murid sekolah? Sebagai wakil PIBG di mana sekolah yang berstatus sekolah Mission School, kami tidak mahu keharmonian dikalangan murid- murid dan ibubapa termasuk guru-guru menjadi mangsa program ini.


Sekolah ini mempunyai guru-guru dan pelajar-pelajar yang berbilang bangsa, agama dan kaum. Jangan jadikan anak-anak kami sebagai mangsa hanya kerana hanya kebencian segelintir rakyat Malaysia yang fanatik dan pemimpin-pemimpim politik yang mempunyai kepentingan diri sendiri. STOP TEACHING OUR KIDS TO HATE.


Sebagai salah seorang rakyat Sabah yang terdiri daripada berbilang kaum, agama dan bangsa, Kita sudah sedia maklum bahawa sekolah-sekolah di Sabah ini yang kebanyakannya mempunyai murid-murid yang datang daripada agama, kaum dan bangsa yang berbeza-beza.


Janganlah kita semaikan dan menanam sifat yang tidak sepatutnya kepada mereka. Saya percaya semua kita mempunyai kepercayaan masing-masing yang dididik supaya sentiasa menjalinkan hubungan yang baik dan saling hormat menghormati antara mereka yang berlainan agama dan bangsa.


Murid- murid seperti mereka ini masih terlalu muda kecil untuk memahami apa yang sedang berlaku ketika ini keadaan konflik di Israel–Hamas yang pada asasnya langsung seinci pun tiada kaitan dengan sekolah mahupun Institusi Pendidikan negara kita.


Kenyatan ini bukan bermaksud ingin menyebelahi mana-mana pihak tetapi perkara asas di sini, janganlah sampai diajar ke perkara-perkara negatif kepada anak-anak ini.


Anak-anak kita ke sekolah untuk mendapat pendidikan ke arah kemajuan dan kebaikan bagi diri dan masa hadapan mereka. Maka, janganlah jadikan sehingga sekolah digunapakai untuk kepentingan dan fanatik segelintir pemimpin politik mereka semata-mata.


Jangan lah kita membuang masa dengan program ini seperti ini. KPM sepatutnya fikirkan dan fokus program yang lebih mendatangkan faedah kepada pelajar-pelajar yang lebih harmoni.


Sekolah yang sepatutnya menjadi platform sebuah institusi yang neutral dan tidak boleh disalahgunakan oleh mana-mana pihak dengan apa-apa tujuan-tujuan seperti ini. Biarlah pihak-pihak lain yang berkenaan mencari jalan lain yang lebih baik untuk mencapai objektif mereka.


Saya percaya KPM mempunyai objektif yang lebih penting daripada ini program seperti ini.

Sebagai wakil PIBG sekolah, sekali lagi saya ingin tekankan bahawa membantah pelaksanaan program ini diperingkat sekolah kami.


Secara peribadinya saya amat berharap ramai lagi membuat kenyataan tidak menyokong khasnya yang datang terutamanya daripada rakan-rakan PIBG yang lain dan semua sekolah yang berkaitan di Sabah.


Apapun yang berlaku, kami sentiasa tetap akan menyokong apa-apa program KPM di masa hadapan, untuk program sebegini kami tidak benarkan ia dilakukan disekolah.


Jika ia adalah asas atas dasar kemanusiaan tanpa mengira agama, bangsa, kaum dan dari mana datangnya asal mereka, kami akan sokong tapi tidak dengan program seperti ini.


Adrian Siponong

Yang DiPertua PIBG

SK. St. Theresa Inobong Penampang

bottom of page