APM Sandakan bantu wanita tidak sedarkan diri
- nabalunews
- Aug 31
- 1 min read

30 Ogos 2025
SANDAKAN: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sandakan membantu seorang wanita yang dilaporkan tidak sedarkan diri di sebuah premis di Taman Fajar, Batu 7, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, tindakan pantas APM berjaya membantu mangsa sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sandakan, Kapt (PA) Sulaiman Salama berkata, susulan menerima panggilan, sepasukan petugas APM Sandakan melibatkan kekuatan seorang pegawai dan tiga anggota digerakkan ke lokasi.

Katanya, pasukan APM yang hadir ke lokasi menggunakan sebuah ambulans seterusnya memberikan rawatan awal.
"Setibanya petugas di lokasi, mangsa iaitu seorang wanita didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Pemeriksaan segera terus dilakukan termasuk memberikan bantuan pernafasan termasuk penggunaan "High Flow Mask",” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk rawatan selanjutnya.
“Wanita terbabit kemudian mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma HDOK Sandakan,” katanya.


















Comments