top of page

SPRM Tahan Seorang lagi Penjawat Awam Berkaitan Tuntutan Palsu Bernilai RM500,000

  • nabalunews
  • Apr 22
  • 1 min read

22 April 2026


KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam selepas disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan bernilai kira-kira RM500,000.


Menurut sumber, lelaki berusia 40-an itu ditahan kira-kira jam 3.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kota Kinabalu, Sabah.


“Siasatan awal mendapati suspek yang merupakan seorang penjawat awam dan juga pengarah syarikat sebuah syarikat kontraktor.


“Suspek disyaki bersubahat dengan seorang suspek lelaki iaitu pengarah syarikat sebuah syarikat pembinaan yang sebelum ini telah ditahan pada Isnin lalu,” katanya.


Menurutnya, suspek ditahan berkaitan kes yang sama iaitu mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu bagi mendapatkan kontrak kerja-kerja pembersihan di sebuah pejabat polis di negeri ini berjumlah kira-kira RM500,000.


Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page