- Wartawan Nabalu News
Badminton Tertutup Mukim Kelawat dapat sambutan menggalakkan

6 Jun 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: Kejohanan Badminton Tertutup Mukim Kelawat meliputi sembilan buah kampung mendapat sambutan amat menggalakkan.
Acara itu disertai 43 pasukan dari Kampung Kelawat Pekan, Kg.Sukang, Kg.Tobur, Kg.Pahu, Kg.Minangkob, Kg.Sumbilingon, Kg.Pompod, Kg.Pangi dan Kg.Tolus.
Pengerusi Kelab Rekreasi Kg.Kelawat Kota Belud Kyle Sipin berkata, kejohanan badminton yang julung kalinya diadakan di mukim itu selepas pandemik Covid-19 bertujuan mencungkil bakat-bakat baru para belia dalam sukan badminton.

“Saya berharap aktiviti kesukanan seumpama ini akan menjadi acara tahunan Mukim Kelawat.
“Kita juga berharap lebih ramai peserta menyertai pertandingan ini pada masa akan datang dengan penyertaan belia-belia kawasan Kadamaian,” katanya.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu (4 dan 5 Jun) diadakan di Dewan Kg.Kelawat Kota Belud.
Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu bergu lelaki terbuka, lelaki veteran, bergu campuran dan bergu wanita.
Kyle turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick atas sokongan dan sumbangan untuk menjayakan kejohanan ini.
Turut dipertandingkan sukan Dart dan Ping Pong.
Timbalan Ketua Bahagian UPKO Kota Belud Carlye Lajimin mewakili Ewon merasmikan kejohanan itu.