top of page

Banjir: JBPM Bantu OKU Sesak Nafas

  • nabalunews
  • 5 hours ago
  • 1 min read

22 Februari 2026


PITAS: Seorang mangsa kurang upaya (OKU) terpaksa dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mendapatkan rawatan selepas terperangkap akibat banjir di Kampung Kusilad, di sini, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa berusia 64 tahun itu dilaporkan mengalami sesak nafas dan perlu segera mendapatkan rawatan di Hospital Pitas.


Bagaimanapun, keadaan jalan perhubungan di kampung berkenaan terputus akibat dinaiki air dan tidak boleh dilalui kenderaan kecil.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pitas, Noor Jali Maslah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada keluarga mangsa pada jam 1.19 petang.


Katanya, sepasukan anggota JBPM terus dikerah ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 10 kilometer dari BBP Pitas, untuk membantu.


“Pasukan bomba bertindak pantas membawa mangsa keluar dari lokasi banjir dengan selamat sebelum diserahkan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk dibawa ke Hospital Pitas bagi rawatan lanjut.


“Operasi penyelamatan berjalan lancar dan pasukan bomba seterusnya memastikan tiada bahaya lain di lokasi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, mangsa sudah dihantar ke Hospital Pitas dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan operasi ditamatkan pada jam 2.42 petang tadi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page