top of page
  • Wartawan Nabalu News

Bantuan dana SYABAS manfaatkan 2,893 usahawan belia Sabah



10 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (SYABAS) telah memberi bantuan dana kepada 2,893 usahawan belia di negeri.


Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Fairuz Renddan berkata, skim ini akan diteruskan pada tahun ini dan permohonan akan dibuka tidak lama lagi.


“Kementerian saya telah memberi bantuan kepada usahawan-usahawan belia. Skim SYABAS ini akan diteruskan pada tahun ini dan permohonan akan dibuka tidak lama lagi,” katanya ketika menjawab pertanyaan Datuk Annuar Ayub (Liawan) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.


Beliau juga berkata, Kementeriannya juga menyediakan latihan secara spesifik kepada usahawan-usahawan belia yang memulakan atau mengembangkan kemahiran (skill) mereka dalam bidang seni kreatif jahitan.


"Kementerian saya telah menyediakan tujuh Pusat Kelas Seni Kreatif Jahitan yang dijalankan di bangunan Arena Belia di Kota Kinabalu, Papar, Keningau, Sandakan, Ranau, Kudat dan Beaufort.


“Kelas jahitan ini dikendalikan oleh tujuh orang jurulatih jahitan yang bertauliah4. Peserta-peserta kelas ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan termasuk makan minum, peralatan dan kemudahan tempat tinggal,” katanya.



Komentáře


bottom of page