Bantuan Persekolahan sumbangan YBR disampaikan kepada 225 murid SK Tongkungon
3 September 2024
TELUPID: 225 murid Sekolah Kebangsaan SK Tangkungon di sini menerima bantuan persekolahan sumbangan Yayasan Bank Rakyat (YBR), semalam.
Majlis di Dewan Terbuka SK Tangkungon ini bagi memberikan sokongan, bantuan, dan dorongan kepada murid-murid di sekolah itu agar terus mencapai kecemerlangan akademik meskipun terletak di luar bandar.
Sumbangan bantuan persekolahan inj disampaikan oleh Pengerusi YBR, Datuk Philip Lasimbang.
Di majlis ini, Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Beluran, Felix Joseph Saang turut memberikan perkongsian dan penerangan mengenai Universiti Keusahawanan dan Koperasi Malaysia (UKKM).
Majlis ini dihadiri oleh Guru Besar SK Tangkungon, Guru Besar SK Ulu Ansuan, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tangkungon, Presiden Majlis Belia Daerah Telupid, para guru, dan ibu bapa.
Kesemua mereka hadir untuk memberi sokongan kepada 225 orang murid yang menjadi penerima manfaat program ini.
Dengan sokongan daripada pelbagai pihak ini, adalah diharapkan usaha ini dapat memberikan suntikan motivasi dan semangat kepada para murid untuk terus cemerlang dalam pelajaran seterusnya membina masa depan yang lebih cerah.
Comments