top of page

Polis Perkasa Komuniti Kampus Melalui Program Pencegahan Jenayah

  • nabalunews
  • Mar 5
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


5 Mac 2026


PENAMPANG: Program mendekati komuniti kampus terus dipergiatkan sebagai langkah proaktif pihak polis dalam mendidik golongan belia mengenai keselamatan. Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Penampang, Asisten Superintenden Polis (ASP) Jeffrey Jaidin, semalam menyampaikan ceramah pencegahan jenayah kepada para pelajar di Kolej Komuniti Penampang.


Program itu bertujuan meningkatkan kesedaran para pelajar mengenai ancaman jenayah semasa, termasuk jenayah siber seperti scam, serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil bagi melindungi diri dan harta benda.


Menurut ASP Jeffrey, golongan pelajar sering menjadi sasaran kerana kurangnya pendedahan terhadap taktik jenayah moden.

“Kita mahu pelajar bukan sahaja menjadi pendengar, tetapi juga agen pencegahan jenayah dalam komuniti masing-masing. Melalui pendedahan seperti ini, mereka dapat mengenal pasti risiko dan tahu tindakan yang perlu diambil jika berdepan situasi tidak diingini,” katanya.


Selain ceramah, pihak penganjur turut mengadakan edaran risalah pencegahan jenayah serta sesi pendaftaran aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP). Inisiatif itu bertujuan menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam menyalurkan maklumat berkaitan jenayah kepada pihak polis secara cepat dan berkesan.


Program seumpama ini dilihat sebagai platform interaksi dua hala antara polis dan komuniti kampus, sekali gus memperkukuh hubungan kerjasama strategik dalam usaha mencegah jenayah.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page