Beberapa jalan, parkir sekitar bandaraya ditutup sementara sepanjang Ramadan
- nabalunews
- 52 minutes ago
- 1 min read

16 Februari 2026
KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bakal menutup sementara beberapa laluan dan tempat letak kereta di sekitar pusat bandar bagi memberi laluan kepada penganjuran Bazar Ramadan 2026.
Dalam satu kenyataan hari ini, DBKK memaklumkan penutupan berkenaan melibatkan kawasan Lintasan Deasoka berhampiran Bangunan DBKK serta sekitar Pekan Tanjung Aru.
"Penutupan akan berkuat kuasa mulai 19 Februari hingga 20 Mac 2026, setiap hari dari 1 tengah hari hingga 7 malam.

"Antara laluan yang terlibat ialah Lintasan Deasoka termasuk Taman Poket, sebahagian Jalan Tugu dan Jalan Bandaran, selain sebahagian kawasan tempat letak kereta berhadapan Pejabat Pos Tanjung Aru," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi arahan anggota penguat kuasa serta menggunakan laluan alternatif bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik sepanjang tempoh penganjuran bazar berkenaan.














