Belanjawan Madani 2023 fokus kepada keterjaminan makanan – Chan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Belanjawan Madani 2023 fokus kepada keterjaminan makanan – Chan


3 Mac 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Keterjaminan makanan adalah antara isu penting yang diberi tumpuan dalam Belnjawan Madani 2023 bagi memastikan kemampanan bekalan makanan bagi rakyat, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin.


Dalam temuramah siaran langsung bersama Bernama semalam, beliau berkongsi beberapa inisiatif dan dasar yang termaktub dalam belanjawan tersebut.


Beliau mengalu-alukan para pengusaha agromakanan dan pemegang taruh industri pertanian untuk sama-sama memanfaatkan dana dan geran yang disediakan bagi meningkatan lagi daya saing lantas memantapkan kemandirian pengeluaran makanan.


Chan berkata, antara inisiatif yang diperkenalkan adalah dalan sector automasi dan pendigitalan di mana Bank Negara Malaysia (BNM) menyediakan dana sehingga RM1 bilion di bawah Skim Pembiayaan Agrofood.


Sementara itu, Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) akan memperluas program Digital AgTech dengan nilai peruntukan RM10 juta untuk melatih lebih ramai pekebun kecil beradaptasi dengan teknologi.


“Kerajaan turut bercadang untuk memberi Elaun Modal Dipercepatkan dan mengecualikan cukai pendapatan 100 peratus ke atas perbelanjaan modal bagi pengusaha yang menggunakan teknologi dalam sector pertanian.


“Tempoh permohonan galakan cukai bagi projek pengeluaran bahan makanan turut dilanjutkan sehingga akhir tahun 2025,” ujarnya.


Chan turut menekankan bahawa inisiatif-inisiatif ini terbuka kepada semua pengusaha dan pemegang taruh sector agrimakanan.


“Kami mengalu-alukan semua pihak untuk memanfaatkan dasar-dasar ini dan bagi sesiapa yang mempunyai sebarang pertanyaan, rujuk kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan,” tambahnya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page