top of page

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Guru

  • nabalunews
  • 12 hours ago
  • 1 min read

16 Mei 2026


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di negara ini atas jasa serta pengorbanan mendidik anak bangsa.


Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan penghargaan kepada guru-guru yang menjadi tunjang penting dalam membentuk generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing demi masa depan negara.


Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah turut berkenan menzahirkan penghargaan atas pengorbanan, kesabaran dan dedikasi para guru dalam menyampaikan ilmu serta memupuk nilai murni kepada anak bangsa.


Selain itu, Seri Paduka Baginda berdua juga berharap kebajikan warga pendidik akan terus diperkasa dan dipertingkatkan supaya bidang perguruan kekal dihormati serta mampu melahirkan generasi rakyat Malaysia yang cemerlang.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page