top of page
  • Wartawan Nabalu News

Belia Sg.Manila anjur pertandingan bola sepak sempena Raya



9 Mei 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


SANDAKAN: Setelah dua tahun tidak mengadakan sambutan raya ekoran pandemik Covid, tahun ini masyarakat berpeluang balik kampung, bukan setakat kunjung mengunjungi sanak saudara tetapi mengadakan aktiviti kesukanan.


Bagi belia Sungai Manila Sandakan, peluang ini amat sesuai untuk acara reunion sambil bersukan.


Pada Raya ke-4 belia dan veteran di Rancangan Lubuh, Peringkat 6, Sungai Manila menganjurkan pertandingan bola sepak 11-sebelah di Kompleks Sukan Padang Sintetik, disertai enam pasukan yang kesemuanya penduduk Peringkat 6.



Antara pasukan yang menyertai pertandingan itu ialah Pasukan Belia Peringkat 6, Belia Masjid Peringkat 6, Driver Peringkat 6, Legend Peringkat 6, Veteran Peringkat 6, dan Perantau Peringkat 6.


Semasa merasmikan pertandingan itu Ketua Bahagian UPKO Libaran Dr.Peter Jr.Naintin berharap perlawanan persahabatan bola sepak dan tarik tali itu akan merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan mengekalkan keharmonian penduduk Peringkat 6.



“Saya amat terharu dengan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh penduduk Peringkat 6. Inilah semangat perpaduan yang kita idam-idamkan, tahniah kepada Abg Will, Abg Salong dan rakan-rakan yang berjaya menganjurkan aktiviti kesukanan ini.


"Semangat kesukanan ini berjaya menyatukan keluarga dan penduduk kampung setempat," katanya.


Setiap tahun semasa Hari Raya, mereka balik beraya dan membentuk pasukan bola demi menjalinkan perhubungan dan mengekalkan keharmonian penduduk di Peringkat 6.


Pada tahun ini, juara dimenangi Pasukan Perantau Peringkat 6 dan naib juara dimenangi Belia Masjid Peringkat 6.


Pada tahun 2019, pasukan Perantau Peringkat 6 menjuarai perlawanan persahabatan ini terdiri daripada anak-anak peneroka Sg.Manila yang bekerja di luar daerah Sandakan.




Коментарі


bottom of page