top of page

Belum ada tarikh bubar DUN - Hajiji

  • nabalunews
  • 9 hours ago
  • 2 min read

15 Jun 2025


TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan, beliau belum menetapkan sebarang tarikh untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berikutan spekulasi mengenai perkara itu yang dijangka pada hujung Julai atau awal Ogos depan.


Beliau bagaimanapun memberi bayangan akan membuat pengumunan mengenai

perkara itu selepas Perhimpunan Agung Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) pada akhir Julai nanti.


"Belum lagi, kita mesyuarat dulu perhimpunan agung pada hujung bulan Julai," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Persidangan Tahunan Parti Gagasan Rakyat

Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sulaman di Dewan Seri Sulaman Tuaran, pada Ahad.

Hajiji yang juga Presiden Gagasan Rakyat dan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat

Sulaman diminta mengulas mengenai kemungkinan DUN dibubarkan pada akhir Julai depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).


Hajiji menegaskan gabungan parti pimpinannya itu bersedia menghadapi sesiapa saja pada PRN17 nanti.


Katanya, ia adalah pendirian GRS, namun sebarang keputusan mengenai bentuk

kerjasama politik bagi menghadapi pilihan raya mesti diputuskan Ahli Majlis Tertinggi

(AMT) gabungan parti tempatan itu.

"GRS bersedia untuk menghadapi sesiapa saja dalam pilihan raya umum akan datang.

Jadi itu pendirian kita tetapi apapun bentuk kerjasama mesti diputuskan oleh Ahli Majlis

Tertinggi GRS," katanya.


Sementara itu, Hajiji turut menyatakan sokongan terhadap pendapat Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali yang bersetuju GRS bertembung dengan Barisan Nasional (BN) pada PRN17.


"Saya sokong pendapat dia, tetapi apapun kita belum buat keputusan muktamad. Ini

bukan daripada saya, daripada parti BN yang menyatakan mereka tidak berminat.


"Kita jangan paksa orang kalau tidak berminat," katanya.


Semalam, Armizan berkata beliau secara peribadi bersetuju dengan Ketua UMNO

Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin untuk membiarkan GRS dan BN bertembung

pada pilihan raya itu nanti.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page