top of page

Bengkel Solekan, Dandanan Meriahkan Sembang Santai Kg Koidupan

  • nabalunews
  • 44 minutes ago
  • 1 min read

26 Ogos 2026


PENAMPANG : Program Sembang Santai Kampung Koidupan mendapat sambutan menggalakkan menerusi Bengkel Asas Solekan dan Dandanan.


Pengerusi Komuniti MADANI Kg. Koidupan, Stefania Richard, menyambut baik inisiatif berkenaan yang memberi ruang khusus buat golongan wanita, belia dan ibu tunggal di kampung tersebut untuk menimba kemahiran baharu.


“Inisiatif ini membuktikan platform penyampaian maklumat kerajaan kini lebih fleksibel dan inklusif.


"Ia bukan sahaja berfokus kepada penyebaran dasar negara, malah memberi nilai tambah dalam memperkasa kemahiran komuniti akar umbi.


"Menerusi sesi demonstrasi yang dikendalikan oleh tenaga pengajar Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), peserta didedahkan dengan pelbagai teknik solekan harian, pemilihan produk yang bersesuaian, serta panduan penampilan diri yang berketerampilan.


"Kemahiran praktikal seperti ini bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan diri, malah berpotensi menjana pendapatan sampingan sekiranya dimanfaatkan secara serius," katanya ketika ditemui media pada program berkenaan, di sini, pada Selasa.


Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Penampang dengan kerjasama strategik KEMAS itu, bertujuan menarik minat golongan wanita dan belia tempatan, di samping menyampaikan maklumat mengenai dasar kerajaan secara mesra komuniti.


Selain bengkel kecantikan, program turut diisi dengan pengedaran bahan penerbitan rasmi, perkongsian isu semasa dan sesi dialog santai bersama penduduk setempat.


Turut hadir, Pegawai Penerangan Daerah Penampang, Norhafiezah Abd Aziz dan tenaga pengajar KEMAS, Nurhafiza Tahir./Penerangan-

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page