Beri keutamaan rakyat Malaysia tiada IC daripada beri kad warga asing di Sabah
top of page
  • Farah Salim

Beri keutamaan rakyat Malaysia tiada IC daripada beri kad warga asing di Sabah



9 Mac 2022

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Selangau Baru Bian berkata, Menteri Dalam Negeri harus mengutamakan penyelesaian masalah rakyat Sarawak yang belum mempunyai sijil lahir atau kad pengenalan daripada memberikan kad warga asing di Sabah.


Beliau berkata, ini kerana terdapat beribu-ribu rakyat Sarawak yang dilahirkan dan dibesarkan di Sarawak tetapi belum mempunyai sijil lahir atau kad pengenalan.


“Baru-baru ini Menteri Dalam Negeri mengumumkan bahawa pendatang tanpa izin di Sabah yang tinggal bertahun-tahun dan anak mereka akan diberikan kad pengenalan khas dan mungin boleh mendapatkan pekerjaan menggunakan kad ini.


“Menteri Dalam Negeri harus mengutamakan penyelesaian masalah rakyat Sarawak daripada PATI,” katanya dalam ucapan bahas titah diraja di dewan rakyat, hari ini.


Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin dilaporkan sebagai berkata, pemberian kad warga asing itu dilakukan untuk tujuan kemanusiaan kerana mereka juga warga dunia oleh itu harus diberi dokumen pengenalan.


Baru Bian berkata, rakyat Sarawak adalah warganegara Malaysia namun KDN sangat lambat dalam membantu mereka.


Sehubungan itu beliau mempersoalkan sama ada KDN juga memberikan misi kemanusiaan yang sama terhadap rakyat Sarawak.


“Mereka tidak boleh mendapatkan pekerjaan yang betul tanpa dokumen pengenalan yang diperlukan dan terdedah kepada eksploitasi oleh majikan yang tidak bertanggungjawab,” katanya.


Beliau berkata, antara masalah yang dihadapi rakyat Sarawak yang belum mempunyai kad pengenalan ialah kesukaran mendapatkan pendidikan di sekolah kerajaan seperti warganegara Malaysia yang lain.


Baru Bian juga berharap agar Kementerian Pendidikan lebih bersikap belas kasihan terhadap rakyat yang menghadapi masalah itu dengan membenarkan mereka bersekolah.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page