top of page

BN Akan Kerjasama Dengan “Kuasa Ketiga” Di Sabah

  • nabalunews
  • Sep 20
  • 1 min read

ree

20 September 2025


KOTA KINABALU: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Barisan Nasional (BN) akan bekerjasama dengan sebagai “kuasa ketiga” di Sabah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.


Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri itu tidak menjelaskan pihak mana yang dimaksudkan sebagai “kuasa ketiga”, namun optimis BN mampu memperoleh lebih banyak kerusi berbanding 14 kerusi pada PRN lalu.


Menurutnya, BN juga tidak akan bertanding di semua 73 kerusi, sebaliknya hanya memberi tumpuan kepada kawasan yang diyakini mampu dimenangi.

ree

“Ya yang pasti kita tidak akan bertanding di seluruh 73 kerusi untuk pilihan raya Negeri Sabah yang ke-17 ini. Tetapi ada jumlah-jumlah kursi yang kita fikirkan Di mana kita akan meletakkan calon berdasarkan kepada kebolehmenangan dan saya akan umumkan berapa kerusi yang akan kita mutamadkan.


“Yang penting kerusi-kerusi yang kebolehmenangannya tinggi dan kita akan kerjasama dengan the ‘third force’ di Negeri Sabah ini untuk menentukan bahawa kerusi-kerusi itu akan memihak kepada calon-calon Barisan Nasional,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Skuad Sukarelawan Barisan Nasional Sabah di sini.

ree

Zahid turut mengesahkan rundingan kerusi dengan Pakatan Harapan (PH) hampir dimuktamadkan bagi mengelakkan sebarang pertindihan.


“Kita sudah mencapai persefahaman dengan Pakatan untuk mengelakkan pertindihan, tetapi persetujuan penuh hanya akan dimuktamadkan selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan,” katanya.


Sementara itu, mengulas mengenai pelancaran Skuad Sukarelawan Barisan Nasional Negeri Sabah, Zahid berkata, badan berkenaan akan didaftarkan secara rasmi selepas ini.


Katanya, skuad berkenaan juga akan digerakkan ke 25 kawasan parlimen Negeri Sabah dengan kerjasama NADMA.


“NADMA akan menyalaraskan bersama-sama dengan skuad ini untuk ke kawasan-kawasan tertentu dalam keadaan-keadaan jika berlaku bencana,”katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page