top of page

Bot Pam Guna Bahan Letupan Ditahan Di Perairan Kunak

  • nabalunews
  • 6h
  • 1 min read

ree

28 Oktober 2025


LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot pam yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengeboman ikan di perairan Pulau Tabawan, Kunak.


Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, penahanan itu dilakukan hasil maklumat risikan kira-kira pukul 4.30 petang di kedudukan 0.45 batu nautika timur laut Kampung Kunak JayaS


“Sebaik menyedari kehadiran bot peronda Maritim Malaysia, dua lelaki dewasa yang berada di atas bot pam terbabit bertindak terjun ke laut dan berenang ke arah pesisir pantai berhampiran sebelum meloloskan diri.

ree

“Pemeriksaan terhadap bot pam tanpa nombor pendaftaran berkenaan menemui ikan pelbagai jenis dianggarkan seberat 10 kilogram, dipercayai ditangkap menggunakan bahan letupan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti penangkapan ikan menggunakan bahan letupan.


Katanya, bot pam tersebut telah ditunda ke Jeti Perikanan Lahad Datu sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.


Sehubungan itu, Maritim Malaysia menyeru komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang laut dan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang kegiatan mencurigakan melalui aplikasi WhatsApp 016-9305727 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page