top of page

Buaya 300 Kilogram Ditangkap

nabalunews
Nov 21, 2025
1 min read

21 November 2025


KUDAT: Beberapa pekerja tapak pembinaan Kilang Kibing terkejut selepas seekor buaya tembaga seberat kira-kira 300 kilogram muncul di kawasan tempat kerja, semalam.


Bimbang dengan keselamatan pekerja yang keluar masuk kawasan berkenaan, laporan terus dibuat ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kudat untuk mendapatkan bantuan.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata, operasi dijalankan dengan kekuatan lapan anggota Light Rescue Vehicle (LLV) serta peralatan operasi khusus.

Katanya, anggota petugas terpaksa mengambil masa selama empat jam untuk menangkap buaya berkenaan yang agresif sehingga menyukarkan usaha penangkapan reptilia berkenaan.


“Setelah buaya tersebut berjaya ditangkap anggota membawa buaya tersebut ke PKOD Kudat bagi tindakan selanjutnya.


“Operasi ini berjaya dilaksanakan dengan selamat tanpa ada sebarang kecederaan kepada anggota petugas,” katanya.

 
 
 

3 Comments


kwqramsha1272
Aug 12

If 10.0.0.0.138 does not open in your browser, check the IP carefully. Router addresses normally contain four numerical sections, so verifying the default gateway can help identify the correct login address.


Like

alex+ebl-ryyyymmdda-bvnplay-online-nabalunews-com
Jul 28

A 300 kg crocodile is an extraordinary capture—good to see the situation handled without anyone getting hurt. For readers looking for a quick browser-game break afterward, BVNPlay archives playable Bleach vs Naruto versions and practical control guides.

Like

miller chaney
miller chaney
Dec 13, 2025

The best tip for playing Space Waves is to move in a zigzag pattern when there are obstacles ahead.

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page