Calon PH Sepanggar mampu lakar kejutan - Peto Galim
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Calon PH Sepanggar mampu lakar kejutan - Peto Galim



15 November 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Calon Pakatan Harapan (PH) Sepanggar Mustapha Sakmud diyakini mampu melakar kejutan di kawasan yang ditandinginya jika sokongan rakyat, termasuk masyarakat Cina terhadap PH diterjemahkan dalam bentuk undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.


Ketua Cabang PKR Sepanggar yang juga ADUN Inanam Peto Galim berkata, hal itu berdasarkan sambutan menggalakkan diterima pihaknya dalam beberapa siri kempen di kawasan itu.


“Saya lihat sokongan rakyat kian meningkat, kini apa yang diharapkan adalah sokongan itu diterjemah dalam bentuk undi pada 19 Nov ini.


“Namun demikian, kita tidak boleh terlalu yakin walaupun dalam fikiran nampak PH ada peluang yang baik, sebaliknya kita perlu tumpukan kepada soal pokok dahulu iaitu bekerja keras untuk mendapatkan sokongan rakyat secara menyeluruh," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sesi kempen di Inanam, semalam.


Peto berkata, demikian ketika ditanya mengenai peluang PH merampas kerusi Parlimen Sepanggar daripada penyandang Datuk Azis Jamman mewakili Parti Warisan Sabah (Warisan).


Selain Mustapha dan Azis, turut bertanding di Parlimen Sepanggar ialah Datuk Yakub Khan (BN), Jumardie Lukman (KDM) dan Yusof Kunchang (Pejuang).


Pada PRU14, Azis memenangi kerusi Parlimen Sepanggar dengan kelebihan majoriti 12,984 undi mengatasi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Abdul Rahman Dahlan.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page