top of page

Cemburu Putus Tunang, Mangsa Kahwin Orang Lain

  • nabalunews
  • 5 minutes ago
  • 1 min read

13 Februari 2026


KOTA KINABALU: Suspek kes bunuh dan kerat dipercayai tidak berpuas hati dengan mangsa kerana memutuskan pertunangan mereka dan berkahwin dengan individu lain.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, mangsa seorang wanita berusia 44 tahun merupakan warga asing yang memegang dokumen IMM13.


Katanya, mangsa dipercayai berada di lokasi kejadian untuk berjumpa dengan suspek di rumah keluarga lelaki yang berusia 70 tahun itu.


“Jadi kita percaya, motif kepada kes bunuh ini adalah lebih kepada motif cemburu dan tidak berpuas hati dengan mangsa.


“Mangsa telah berkawin dengan orang lain menyebabkan suspek cemburu sehinggalah kepada pertengkaran yang membawa kepada pembunuhan ini,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah, hari ini.


Menurutnya, sepanjang tempoh pertunangan, mangsa juga didakwa menggunakan wang suspek yang dianggarkan keseluruhan kira-kira RM7,000.


Sementara itu, Jauteh berkata, siasatan mendapati suspek mengaku mengerat mangsa menggunakan senjata parang tajam seorang diri.


Manakala katanya, suspek kedua yang juga anak suspek pertama pula ditahan untuk membantu siasatan kerana berada di luar rumah tempat kejadian ketika pergaduhan berlaku.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page