• nabalunews

COVID-19: 10 KAWASAN TAMAN SABAH DITUTUP



12 OKTOBER 2020


KOTA KINABALU: Sebanyak 10 kawasan taman di bawah pengurusan Taman-taman Sabah ditutup kepada orang awam bermula hari ini bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.


Pengarah Taman-taman Sabah Dr Maklarin Lakim menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan penutupan itu adalah sehingga ke suatu masa yang akan diberitahu kelak.


Penutupan itu melibatkan Ibu Pejabat Taman-taman Sabah dan Taman Tunku Abdul Rahman di Kota Kinabalu; Taman Kinabalu di Ranau; Taman Pulau Tiga di Kuala Penyu; Taman Banjaran Crocker di Keningau; Taman Bukit Tawau di Tawau; Taman Pulau-Pulau Penyu di Sandakan.


Selain itu, Taman Marine Tun Sakaran dan Taman Pulau Simpadan di Semporna serta Taman Tun Mustapha di Kudat, katanya.


Semalam, Kementerian Kesihatan melaporkan 561 kes baharu di negara ini dengan Sabah mencatat jumlah tertinggi sebanyak 488 kes. - Bernama

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com