COVID: 217 KES BAHARU DICATATKAN DI SABAH HARI INI, SATU KEMATIAN
27 Mei 2021
Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 217 kes positif Covid-19 hari ini, menurun 12 kes berbanding kelmarin menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 61,274 kes dan satu kes kematian di Kunak. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 217 kes tersebut sebanyak dua kes hasil dari saringan kluster baharu, 42 kes hasil dari saringan kluster yang sedia ada, 10 kes hasil dari saringan bersasar (PKPD), 117 kes hasil dari saringan kontak rapat, 37 kes hasil dari saringan bergejala, tiga kes hasil dari saringan kategori kemasukan wad/prosedur/penjaga, satu kes hasil dari saringan pekerjaan dan tiga kes hasil dari saringan lain-lain kategori. “Tawau terus mencatatkan kes positif tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 51 kes, diikuti Kota Kinabalu (22 kes), Penampang (21 kes), seterusnya Kunak (20 kes), Lahad Datu (16 kes), Keningau dan Sandakan masing-masing 12 kes, dan Tuaran (10 kes). "Manakala Kuala Penyu (lapan kes), Kota Belud (tujuh kes), Semporna, Beaufort dan Kudat masing-masing enam kes, Putatan dan Tenom (lima kes) Papar (empat kes), Kinabatangan (tiga kes), ndakan masing-masing sembilan kes, Semporna (tujuh kes), Kalabakan (lima kes), Kota Belud (empat kes), serta satu kes direkodkan di Kalabakan, Sipitang dan Pitas. “Tujuh daerah tidak mencatatkan kes baharu iaitu Kota Marudu, Ranau, Nabawan, Tambunan, Beluran, Telupid dan Tongod,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini. Masidi berkata, seramai 134 pesakit telah sembuh hari ini, menjadikan jumlah kumulatif discaj dari hospital atau sembuh sebanyak 59,102 orang. Seramai 1,296 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 419 orang di hospital, 874 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan tiga orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. “Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 61 orang dan 22 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan, " katanya.
Comments