COVID-19: 326 KES BAHARU DI SABAHCOVID-19: 326 KES BAHARU DI SABAH
top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: 326 KES BAHARU DI SABAH



16 Julai 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 326 kes positif baharu Covid-19 pada hari ini iaitu peningkatan 44 kes berbanding 370 kes semalam (13 Julai), menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 73,832 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, tiga kes kematian dilaporkan hari ini iaitu satu kes masing-masing di Kota Kinabalu, Kalabakan dan Semporna.


Beliau berkata, daripada jumlah kes baharu itu 117 kes daripada saringan kontak rapat, saringan kluster (90 kes), saringan bergejala (47 kes), saringan bersasar (42 kes) dan 30 kes saringan lain-lain kes.


"Daerah Kota Kinabalu (123 kes) dan Sipitang (34 kes) mendominasi bilangan kes tertinggi hari ini yang menyumbang 48.2 peratus daripada jumlah kes negeri pada hari ini.


“Kes yang tinggi di Kota Kinabalu pada hari ini adalah berpunca daripada saringan Kluster (20 kes) yang melibatkan Kluster Tembok Kota Kinabalu (10 kes), Kluster Agora Borneo (lapan kes), dan Kluster Lorong Berjaya Dua (dua kes). Sebanyak 40 kes lagi adalah daripada saringan kontak rapat, 11 kes daripada saringan bergejala, 42 kes daripada saringan bersasar dan 10 dari saringan lain-lain kes.


“Manakala kes tinggi di Sipitang pula berpunca daripada saringan kluster (10 kes) iaitu melibatkan Kluster Kota Klias dan Kluster Lumadan yang merekodkan, 11 kes lagi merupakan saringan kontak rapat, saringan bergejala (tujuh kes), dan saringan lain-lain kes sebanyak satu kes," katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.


Menurut Masidi, sebanyak tujuh daerah mencatatkan sifar kes iaitu Telupid, Kinabatangan, Tongod, Kota Marudu, Tenom, Nabawan dan Tambunan.


“Setakat ini, daerah Zon Hijau masih kekal dua daerah iaitu di Telupid dan Beluran,” katanya.


Dari segi jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh sebanyak 345 orang menjadikan jumlah kumulatif 70,758 orang.


“Seramai 2,216 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 409 orang di hospital, 1,628 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 179 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 54 orang dan 12 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page