COVID-19: DUA KES KEMATIAN DILAPORKAN DI SABAHCOVID-19: DUA KES KEMATIAN DILAPORKAN DI SABAH
top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: DUA KES KEMATIAN DILAPORKAN DI SABAH

11 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA KINABALU: Dua kes kematian dilaporkan hari ini masing-masing satu di Hospital Duchess of Kent Sandakan dan Hospital Tuaran.

Kes kematian ke-301 melibatkan wanita bukan warganegara berusia 22 tahun mempunyai latar belakang penyakit jantung reumatik dan aritmia jantung meninggal dunia di Hospital Tuaran,

Kes kematian ke-302 juga melibatkan wanita bukan warganegara berusia 67 tahun mempunyai latar belakang penyakit Osteoathritits dan gastritis, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent Sandakan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, bilangan pesakit Covid-19 yang masih dalam unit rawatan rapi (ICU) ialah seramai 69 orang dan 19 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Pada hari ini seramai 553 pesakit Covid-19 telah sembuh. Manakala, seramai 2,935 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 739 orang di hospital dan 2,196 orang di PKRC,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page