Covid-19: Kes baharu di Sabah amat tinggi, hampir 1,000 kes, sembilan kematianCovid-19: Kes baharu di Sabah amat tinggi, hampir 1,000 kes, sembilan kematian
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: Kes baharu di Sabah amat tinggi, hampir 1,000 kes, sembilan kematian




28 Julai 2021

Oleh wartawan Nabalu News


KOTA KINABAU: Jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah hari ini amat tinggi sebanyak 913 kes meningkat 172 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 81, 844 kes.


Sembilan kes kematian turut dicatatkan hari ini masing-masing tiga kes di Kota Kinabalu dan Sipitang, Kudat, Penampang dan Papar masing-masing satu kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, semua daerah di Sabah pada hari ini mencatatkan kes baharu.


“Kota Kinabalu terus kekal sebagai daerah mencatatkan kes tertinggi dengan 234 kes baharu termasuk 27 kes daripada Penjara Kepayan, diikuti Penampang sebanyak 101 kes, Tawau (73 kes), Beaufort (70 kes), Kalabakan (61 kes) dan Tuaran (57 kes),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, daripada jumlah keseluruhan kes hari ini, 500 kes dari saringan kontak rapat di mana 138 kes daripadanya dikesan di Kota Kinabalu.


“Kluster sedia ada pula menyumbang 1689 kes, saringan bergejala (121 kes), saringan bersasar (46 kes) dan lain-lain saringan sebanyak 57 kes,” katanya.


Beliau berkata, 77.9 peratus daripada kes-kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2. Kategori 1, iaitu (321) kes adalah mereka yang tidak mengalami sebarang simptom dan Kategori 2 iaitu sebanyak (389) kes sekadar mengalami simptom ringan.


“Kedua-dua kategori pesakit ini tidak perlu dimasukkan di hospital untuk rawatan, sekadar ditempatkan di PKRC,” katanya.


Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 527 menjadikan jumlah kumulatif 75,264 orang.


“Seramai 3,608 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 726 orang di hospital, 2,821 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 61 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 80 orang dan 19 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page