• Wartawan Nabalu News

COVID-19: KES BAHARU DI SABAH MENURUN KEPADA 132 KES



10 Feb 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah menurun sebanyak 48 kes iaitu132 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 50,855 kes.


Empat kematian direkodkan hari ini iaitu dua di Tawau dan masing-masing satu kes di Putatan dan Sandakan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu Kota Kinabalu mencatatkan sebanyak 34 kes, Keningau 15 kes, Kudat (14 kes), Lahad Datu (11 kes), Tawau (lapan kes), Putatan (enam kes), Sandakan (lima kes), Papar, Penampang, Semporna dan Kota Marudu masing-masing empat kes.


"Tuaran, Kunak, Tenom dan Kota Belud masing-masing tiga kes, Kinabatangan, Kalabakan, Beluran dan Sipitang masing-masing dua kes, Telupid, Beaufort dan Tambunan masing-masing satu kes.


"Lima daerah tidak mencatatkan kes baharu iaitu Tongod, Nabawan, Ranau, Kuala Penyu dan Pitas," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, daripada 132 kes positif Covid-19 yang dicatatkan, sebanyak 57 kes (43.1%) berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 15 kes, saringan kluster baharu dan sedia ada (24 kes), kluster PERKESO satu kes dan 35 kes adalah dari lain-lain kategori.


Katanya, seramai 174 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 48,535 orang.


Beliau berkata, sejumlah 1,424 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 517 orang di hospital, 904 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan tiga (3) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


"Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 64 orang dan 21 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.