top of page

COVID-19: KLUSTER KUPI-KUPI PENAMPANG 12 KES POSITIF

  • nabalunews
  • Dec 9, 2020
  • 1 min read



9 DIS 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu dilaporkan di Sabah hari ini, dikenali sebagai Kluster Kupi-Kupi melibatkan daerah Penampang.


Kluster ini dikesan melalui saringan di sebuah kedai makan.


Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes-kes indeks bagi kluster itu dilaporkan positif Covid-19 pada 2 Disember lalu hasil saringan individu-individu bergejala.


“Sehingga hari ini (9 Disember), sejumlah 12 individu telah disaring, di mana kesemua 12 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.


“Bagaimanapun, pengenalpastian kontak rapat masih giat dijalankan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page