Covid-19: Sabah catat 705 kes baharu, 12 kematianCovid-19: Sabah catat 705 kes baharu, 12 kematian
top of page
  • Writer's pictureIlona Andrew

Covid-19: Sabah catat 705 kes baharu, 12 kematian


8 Okt 2021

Oleh Ilona Andrew


KOTA KINABALU: Kes harian jangkitan Covid-19 hari ini menurun secara signifikan kepada 705 kes berbanding 820 kes semalam, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 204,193 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sebanyak 12 kes kematian juga dilaporkan pada hari ini iaitu masing-masing dua kes di Keningau dan Pitas manakala Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Kudat, Kinabatangan, Kunak, Semporna dan Tuaran masing-masing mencatatkan satu kes kematian.


Tambahnya, bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini kerana terdapat kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar.


"Sungguhpun Sabah merekodkan penurunan kes pada hari ini, trend perubahan angka bagi setiap daerah adalah tidak statik.


"Namun, analisis bagi negeri Sabah berdasarkan graf untuk kumulatif 30 hari menunjukkan trend pelandaian," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.


Menurut Masidi, daripada jumlah kes jangkitan yang direkodkan hari ini, 90.92 peratus daripadanya adalah pesakit dalam Kategori 1 (104 kes) dan Kategori 2 (537 kes); Kategori 3 (empat kes), Kategori 4 (enam kes) & Kategori 5 (tiga kes).


"Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif Covid-19 yang terus meningkat dan dengan jumlah catatan sebanyak 410 kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan," ujarnya.


Sementara itu, bilangan pesakit sembuh pada hari ini ialah 930 termasuk yang discaj dari hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC), menjadikan jumlah kumulatif 190,172 orang.


Manakala 2,475 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,028 orang di hospital, 1,433 orang di PKRC Awam, sembilan orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau penjara manakala lima orang di fasiliti swasta.


"Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 141 orang merangkumi 123 di ICU serta 18 di kubikel akut dan 48 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.


"Manakala bilangan pesakit peringkat empat dan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 228 bersamaan dengan 59.84 peratus.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page