top of page
Wartawan Nabalu News

Covid-19: Sabah rekod 2,834 kes baharu, 17 kematian



28 Ogos 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABAU: Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini menurun di bawah paras 3,000 kes daripada 3,010 kes kelmarin kepada 2,834 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 140,361.


Sebanyak 17 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu tujuh kes di Kota Kinabalu, lima kes di Tawau, dua kes di Keningau serta masing-masing mencatatkan satu kes di Kunak, Semporna dan Penampang.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu terus mencatatkan kes tertinggi di seluruh Sabah iaitu sebanyak 603 kes, diikuti Penampang (396 kes), Sandakan (271 kes), Papar (223 kes), Tuaran (181 kes), Tawau (174 kes), Keningau (108 kes) dan Lahad Datu (105 kes).


"Saringan kontak rapat terus menjadi penyumbang utama kepada kes-kes baharu iaitu sebanyak 1,751 kes adalah daripada saringan kontak rapat.


“Manakala saringan bergejala merekodkan 778 kes, saringan kluster dengan 51 kes, saringan bersasar (11 kes) dan saringan lain-lain kes (243 kes),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurut Masidi, daripada jumlah keseluruhan kes, sebanyak 1,249 kes adalah kes positif yang lewat didaftar antara 2 hingga 3 hari, 215 kes adalah keputusan saringan yang didaftar lewat antara 4 hingga 5 hari dan 319 kes adalah kes daftar lewat melebihi 5 hari.


"Sejumlah 2,753 atau 97.14 peratus pesakit adalah daripada Kategori 1 dan Kategori 2 dengan pecahan sebanyak 760 kes daripada Kategori 1 dan sebanyak 1,993 kes daripada Kategori 2.


"Bagi Kategori 3 pula sebanyak 13 pesakit, sembilan pesakit dalam Kategori 4 dan lapan pesakit dalam kategori 5 serta 51 kes masih dalam siasatan lanjut," katanya.


Dari segi jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital atau sembuh pula sebanyak 1,077 orang telah discaj atau sembuh hari ini menjadikan jumlah kumulatif 107,589 orang.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 22 orang dan 76 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanyan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 5327 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala 11 orang di fasiliti swasta.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 272 orang dan 75 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya

コメント


bottom of page