top of page

Covid: Sabah catat 41 kes kematian tertinggi hari ini

  • Writer: Marryan Razan
    Marryan Razan
  • Aug 27, 2021
  • 1 min read


27 Ogos 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan kes tertinggi kematian akibat Covid-19 hari ini sebanyak 41 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu 19 kes dilaporkan di Kota Kinabalu, lima kes di Sandakan, Tuaran (empat kes), Penampang dan Keningau masing-masing tiga kes.


“Dua kes kematian masing-masing di Beaufort, Lahad Datu dan Kalabakan serta satu kes di Tenom.


“Kes kematian akibat Covid pada hari ini meningkat sebanyak 15 kes berbanding kelmarin,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 3,010 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 137,527 kes.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page