top of page

Curi rantai emas ketika ziarah Aidilfitri

  • nabalunews
  • Apr 4
  • 1 min read


Wanita suspek pencuri rantai leher emas ditangkap polis Tawau.
Wanita suspek pencuri rantai leher emas ditangkap polis Tawau.

4 April 2025


TAWAU: Seorang wanita yang disyaki mencuri seutas rantai leher emas ketika ziarah sempena hari raya di sebuah rumah di Batu 4, Jalan Apas berjaya ditahan polis, semalam.


Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, suspek, 26, ditangkap selepas berjaya dikesan polis susulan aduan diterima daripada mangsa.


Katanya, seorang lelaki menyedari barang kemas milik isterinya iaitu seutas rantai leher emas hilang dari tempat penyimpanan mereka.


"Kejadian itu disedari mangsa selepas suspek bersama rakannya beredar balik dari rumahnya selepas selesai ziarah sempena hari raya Aidilfitri.


"Mangsa kemudian segera membuat laporan polis untuk tindakan segera,"katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Champin berkata suspek bersama barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) untuk siasatan lanjut.


Kes itu, katanya, disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page