D'LDC MACAU Juara Kejohanan Double Dart Tertutup Kadamaian Edisi-1 2026
Updated: Feb 5

2 Februari 2026
KOTA BELUD: Kelab Dart D'Lontupak Kota Belud (D'LDC) telah berjaya menganjurkan Kejohanan Double Dart Tertutup Kadamaian Edisi-1 2026 pada Sabtu, 31 Januari 2026. Acara yang diadakan di Dewan Terbuka D'Lontupak, Kampung Purak Ogis itu berjaya menarik penyertaan aktif komuniti dart tempatan dan berakhir dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Berikut adalah keputusan rasmi bagi kedua-dua kategori utama kejohanan:
KATEGORI GROUP CHAMPION (EMAS)
· Juara: D'LDC MACAU
· Naib Juara: pasukan MANA DART
· Pemenang bersama (Tempat Ke-3 & Ke-4): GSSA FD dan TGR AK
· Tempat Ke-5 hingga Ke-8: pasukan DIMBAS K/M, YUBO, D'KIAU R&B, dan TORIGAL CB
KATEGORI GROUP SILVER (PERAK)
· Juara: pasukan HL HELLO
· Naib Juara: pasukan DIMBAS PL
· Pemenang bersama (Tempat Ke-3 & Ke-4): TORIGAL OL dan KOLIPOSU
HADIAH MISTERI
· 'Mosts 180s': dimenangi oleh pemain daripada pasukan D'Kiau Royal
· 'Check Bull': dimenangi oleh pemain dari pasukan MDT HR
Pengerusi Penganjur yang juga Presiden Kelab D'LDC, Alexius Sagun, dalam kenyataannya menyampaikan penghargaan tertinggi kepada semua pihak yang menyumbang kepada kejayaan acara ini.

“Atas nama Ahli Jawatankuasa dan seluruh ahli Kelab D'LDC, saya merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penaja, artis tempatan, para peserta dart dari Kadamaian dan pasukan jemputan, serta para penyokong yang hadir. Komitmen anda amat dihargai,” tegas beliau.
Penganjur menegaskan bahawa kejohanan ini dikendalikan berpaksikan prinsip ketelusan, keadilan, dan integriti sukan yang tertinggi. Segala kekurangan sepanjang pelaksanaan acara amat dikesali dan akan dijadikan pengalaman berharga untuk penambahbaikan pada masa hadapan.
Kelab D'LDC menjadikan acara ini sebagai platform untuk mengukuhkan silaturahim, memupuk semangat kesukanan yang sihat, serta memperkasa dan memajukan komuniti dart di Daerah Kota Belud. Aspirasi penganjur adalah untuk meneruskan kejohanan ini sebagai acara tahunan yang dinantikan semua.















Comments