top of page

Damien Denis, hilang sejak 28 Ogos, polis rujuk SAB3010D

  • nabalunews
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


PENAMPANG, 29 Ogos – Seorang lelaki berusia 30 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Ceriamas, Putatan semalam, dan polis kini memohon bantuan orang ramai untuk mengesan keberadaannya.


Damien Denis, berbangsa Iban, terakhir dilihat keluar dari rumah kira-kira jam 3.30 pagi pada 28 Ogos 2026 menaiki sebuah Hyundai Tucson berwarna putih dengan nombor pendaftaran SAB 3010 D. Semua percubaan untuk menghubungi nombor telefonnya gagal dilakukan.


Menurut maklumat daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, Damien mempunyai ciri-ciri fizikal rambut hitam lurus dan pendek, berkulit putih, berbadan sederhana, serta berketinggian lebih kurang 1.60 meter.


Pasukan polis telah menjalankan pelbagai usaha mengesan mangsa, namun setakat ini masih belum menemui sebarang jejak baharu.


Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Damien atau pernah ternampak kenderaan berkenaan diminta segera menghubungi Pegawai Penyiasat, SI Mustapha Mohamad Ghazali di talian 019-347 9644 atau melapor ke mana-mana balai polis berhampiran.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page