Dana Touch Point Ringankan Beban Rawatan Segera Anak Penduduk Lasau Tintapon
- nabalunews
- Jul 24
- 1 min read

24 Julai 2025
KOTA BELUD: Pemaju Masyarakat, Clarence Somuil, hari ini mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.11 Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, dalam menyampaikan sumbangan dana Touch Point kepada seorang penduduk dari Kampung Lasau Tintapon.
Sumbangan tersebut disampaikan di Pejabat ADUN N.11 Kadamaian kepada Minik Sudaki, yang memohon bantuan segera bagi menampung kos pembedahan anaknya yang mengalami masalah kesihatan serius melibatkan tulang belakang dan paru-paru.
Menurut Clarence, bantuan ini merupakan salah satu inisiatif prihatin kerajaan dalam membantu rakyat yang memerlukan rawatan kecemasan serta menghadapi beban kos perubatan yang tinggi. Inisiatif ini juga selaras dengan komitmen Datuk Ewon Benedick untuk memastikan setiap rakyat, khususnya di Kadamaian, mendapat akses kepada rawatan kesihatan yang sewajarnya tanpa mengira latar belakang.
Minik Sudaki menzahirkan penghargaan yang mendalam kepada Datuk Ewon dan seluruh pasukan ADUN Kadamaian atas keprihatinan mereka, serta berharap agar pembedahan anaknya akan berjalan lancar dan membuahkan hasil yang positif.


















Comments