top of page

DAP Sabah Hormati Keputusan Frankie Poon Dan Liau Fui Fui Keluar Parti

  • nabalunews
  • 1 hour ago
  • 1 min read

ree

11 Oktober 2025


KOTA KINABALU: DAP Sabah menghormati keputusan Datuk Frankie Poon dan Liau Fui Fui untuk meninggalkan parti bersama cawangan masing-masing.


Pengerusi DAP Sabah, Phoong Jin Zhe, dalam satu kenyataan hari ini merakamkan penghargaan kepada kedua-dua pemimpin terbabit atas khidmat dan sumbangan mereka selama ini kepada parti dan rakyat Sabah.


“Kami mengucapkan terima kasih yang tulus atas segala jasa dan dedikasi mereka sepanjang tempoh bersama DAP.


“Kami juga mengharapkan yang terbaik untuk mereka dalam apa jua usaha yang bakal mereka ceburi selepas ini,” katanya.


Menurutnya, DAP Sabah kini akan terus menumpukan perhatian kepada usaha memperkukuh perkhidmatan dan pembangunan komuniti di Sandakan.


Sementara itu, Phoong berkata, perbincangan bersama Setiausaha DAP Sabah merangkap Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, telah dibuat bagi memastikan kesinambungan kepimpinan dan perkhidmatan parti di kawasan berkenaan.


“Saya menaruh sepenuh kepercayaan terhadap kepimpinan Vivian Wong untuk mengukuhkan jentera parti di Sandakan serta memastikan DAP terus menawarkan idea dan khidmat berorientasikan rakyat,” katanya.


Phoong menegaskan bahawa barisan kepimpinan baharu DAP Sabah akan terus bekerja dengan penuh keikhlasan, rendah diri dan dedikasi dalam memperjuangkan masa depan yang lebih baik untuk seluruh rakyat Sabah.


“Bersama-sama, kita akan membuka lembaran baharu yang membawa harapan, ketabahan dan perpaduan untuk semua rakyat Sabah,” katanya.


 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page