top of page

Dari Pemuda ke Kepimpinan Induk, Empat Pemimpin Muda Terpilih AMT UPKO 2026–2029

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 1 min read

11 Ogos 2026


PENAMPANG: Empat pemimpin yang dibentuk melalui Pergerakan Pemuda UPKO berjaya mendapat kepercayaan perwakilan untuk menganggotai Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UPKO bagi penggal 2026–2029 dalam pemilihan sempena Persidangan Perwakilan Tritahunan UPKO Ke-17 di KDCA, Penampang.


Mereka ialah Rayner Ebi, mantan Ketua Pemuda UPKO Tuaran yang kini Naib Ketua II UPKO Bahagian Tuaran; Gideon Gadit, mantan Ketua Pemuda UPKO Tenom yang kini Naib Ketua III UPKO Bahagian Tenom; serta Viorey Eming, mantan Ketua Pemuda UPKO Beaufort yang kini Timbalan Ketua UPKO Bahagian Beaufort, dan Pilexson Ketua Bahagian UPKO Kota Marudu.



Perkembangan itu memperlihatkan kesinambungan kepimpinan apabila tokoh yang sebelum ini melalui proses pembentukan dalam Pergerakan Pemuda kini mengambil tanggungjawab lebih besar dalam kepimpinan induk, sama ada di peringkat bahagian mahupun pusat.


Dua lagi rakan daripada barisan Pemuda yang turut menawarkan diri dalam pemilihan AMT, iaitu Tommy Amir dari Beluran dan Jeslezra Taba, Ketua Pemuda UPKO Sipitang, belum mendapat tempat dalam barisan AMT bagi penggal kali ini.


Namun, perjalanan kepimpinan tidak ditentukan oleh satu pemilihan. Keberanian menawarkan diri dan kesediaan memikul tanggungjawab merupakan sebahagian daripada proses melahirkan pelapis parti yang lebih berpengalaman.


Di Tuaran, Rayner turut ditemani Terence Lee, Naib Ketua I UPKO Bahagian Tuaran, yang sama-sama mendapat kepercayaan untuk berada dalam barisan AMT penggal 2026–2029.


Kemasukan generasi yang dibentuk melalui Pemuda ini membawa mesej bahawa Pergerakan Pemuda bukan sekadar sayap parti, tetapi medan pembentukan kepimpinan sebelum menggalas amanah yang lebih besar.


Ada yang melangkah kali ini, ada yang akan menyusul kemudian perjuangan tetap diteruskan bersama.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page