top of page

DBKK Keluarkan Kompaun Terhadap Empat Penjaja

  • nabalunews
  • 41 minutes ago
  • 1 min read

21 Januari 2026


KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengeluarkan kompaun terhadap empat peniaga selepas didapati gagal mempamerkan lesen perniagaan dalam operasi yang dijalankan, semalam.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan DBKK menegaskan, operasi berkenaan dijalankan bagi memastikan tahap pematuhan penjaja terhadap peraturan yang ditetapkan.


Katanya, operasi yang dilaksanakan Jabatan Pelesenan itu dijalankan di sekitar kawasan D’Walai Mutiara, D'Walai Mata Biru dan D'Walai Haruman, Anjung Kinabalu.

“Lebih 140 penjaja telah diperiksa dan hasil pemeriksaan mendapati beberapa penjaja gagal mematuhi syarat perlesenan yang ditetapkan.


“Empat kompaun dikeluarkan mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Penjaja 3(12) atas kesalahan tidak mempamerkan lesen,” katanya dalam kenyataan media,hari ini.


Menurutnya, selain tindakan pengkompaunan, pihaknya turut mengeluarkan Notis Pematuhan Peraturan Menjaja yang didapati melakukan kesalahan.

“Antara kesalahan yang dikesan ialah tidak memiliki Kad Pembantu yang sah dan peniaga terlibat diberikan tempoh yang ditetapkan untuk mengemukakan dokumen berkaitan serta mematuhi syarat-syarat perlesenan yang ditetapkan,” katanya,


DBKK menegaskan, pihaknya akan meneruskan pemeriksaan susulan secara khusus ke atas penjaja yang telah diberikan Notis Pematuhan di kawasan Anjung Kinabalu.


Selain itu katanya, pemeriksaan juga akan dilaksanakan di kawasan-kawasan lain sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap peraturan yang berkuat kuasa.


Sehubungan itu, semua penjaja diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan dan syarat perlesenan yang ditetapkan demi mewujudkan persekitaran bandar raya yang teratur, selamat dan lestari.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page