top of page

DBKK pergiat operasi pemantauan bazar Ramadan

  • nabalunews
  • 3 days ago
  • 1 min read

3 Mac 2026


KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mempergiat operasi pemantauan bazar Ramadan sekitar bandar raya bagi memastikan aspek kebersihan dan keselamatan makanan serta pengurusan sisa sentiasa dipatuhi.


Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, pemantauan secara harian itu melibatkan bazar kendalian DBKK serta bazar yang dianjurkan persatuan di bawah seliaan pihaknya.


Menurutnya, antara fokus utama pemeriksaan adalah memastikan semua pengendali makanan telah menerima suntikan kesihatan yang diwajibkan, selain mematuhi garis panduan penyediaan dan penyimpanan makanan.

“DBKK turut menjalankan pemeriksaan terhadap makanan yang dijual bagi memastikan setiap hidangan ditutup dengan sempurna serta mengelakkan penjualan makanan basi.


“Selain itu, pemantauan turut dilaksanakan terhadap peniaga yang menjalankan aktiviti live cooking bagi memastikan minyak masak terpakai tidak dibuang sewenang-wenangnya ke dalam longkang berhampiran,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin, di sini pada Isnin.


Sementara itu, majlis berkenaan dihadiri kira-kira 700 warga DBKK dan DBKK Holdings serta 300 jemputan terdiri daripada wakil kerajaan negeri dan Persekutuan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).


Pada majlis tersebut, seramai 10 anak yatim, 10 asnaf dan lima masjid sekitar Kota Kinabalu menerima sumbangan wang tunai, pakaian serta keperluan masjid daripada DBKK.


Sabin berkata, beliau berharap sumbangan berkenaan dapat membantu meringankan beban kewangan penerima dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.


Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Joniston Bangkuai yang juga Menteri Bertanggungjawab Kepada

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page