top of page

Deejay Pusat Hiburan Antara Yang Ditahan

  • nabalunews
  • Aug 24, 2025
  • 1 min read

24 Ogos 2025


PENAMPANG: Dua individu termasuk seorang ‘deejay’ pusat hiburan ditahan selepas dikesan melakukan kesalahan dalam operasi Op Mega Noda, yang dilancarkan, awal pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, operasi dilaksanakan dengan menyasarkan pusat hiburan di sekitar Daerah Penampang.


Katanya, hasil pemeriksaan, pasukan operasi menahan seorang pengurus pusat hiburan selepas premis berkenaan berkenaan didapati beroperasi tanpa memiliki lesen hiburan awam yang sah.

“Pasukan operasi turut menahan seorang deejay warganegara asing kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.


“Turut dirampas untuk tujuan siasatan ialah beberapa peralatan muzik termasuk sebuah komputer riba dan mikrofon,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Sammy berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 3 Ordinan Hiburan Awam 1958 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman denda, penjara atau sebatan.

Katanya, pihak polis akan terus mempertingkatkan pemantauan serta operasi berterusan bagi memastikan setiap pusat hiburan di daerah ini mematuhi undang-undang.


“Kegagalan mematuhi undang-undang ditetapkan dibimbangi boleh menjadi punca kepada aktiviti jenayah atau gejala sosial,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page