- Wartawan Nabalu News
Dennison Indang menang Ketua Bahagian UPKO Kota Kinabalu

11 September 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Dennison Indang memenangi jawatan Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kota Kinabalu bagi sesi 2022-2025.
Dennison berjaya memperolehi sebanyak 44 undi mengalahkan Petrus M.Jikuin dengan 28 undi.
Manakala Timbalan Ketua Bahagian UPKO Kota Kinabalu pula disandang oleh Patrick Epin yang sebelum ini Setiausaha Bahagian.

Dennison merakamkan ucapan terima kasih kepada semua perwakilan yang memberi kepercayaan kepadanya terus mengemudi UPKO Kota Kinabalu untuk tiga tahun akan datang.
“Tahniah juga kepada semua barisan kepimpinan baharu parti bahagian ini yang menang tanpa tanding,” katanya selepas majlis itu, hari ini.
Dennison berkata, sebagai seorang pemimpin, kebajikan semua ahli akar umbi harus diberi perhatian selain mengutamakan perjuangan parti.
“Selain itu, kita juga harus bekerjasama sebagai satu pasukan bagi memantapkan parti terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya.