top of page
  • Wartawan Nabalu News

Diabetes: Kerajaan perlu belanja RM4.9 bilion setahun


9 Julai 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Penyakit diabetes yang semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia memaksa kerajaan membelanjakan RM4.9 bilion setahun bagi melaksanakan usaha pencegahan dan rawatan.


Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 mendapati 18.3 peratus rakyat dewasa berumur 18 tahun ke atas menghidap penyakit ini, berbanding 11.2 peratus pada 2011 dan 13.4 peratus pada 2015.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program 'Kohort Diabetes Seremban' (SeDia) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU).


Program SeDia adalah kajian kohort berskala besar pertama di Malaysia yang menumpukan kepada pesakit diabetes, dengan tujuan untuk mengumpul data jangka panjang mengenai interaksi kompleks antara gaya hidup, persekitaran, genetik dan pembangunan sosio-ekonomi


Beliau juga berkata, program SeDia akan mampu mengurangkan kebergantungan kepada import ubat-ubatan, kerana ia akan membantu dalam pembangunan ubat-ubatan dan vaksin yang dibuat di Malaysia.


bottom of page