top of page

Diskaun Sehingga 20 Peratus Untuk OPTR- Sabah Electricity

  • nabalunews
  • 24 minutes ago
  • 1 min read

8 Februari 2026


KOTA KINABALU: Pengguna komersial dan industri voltan rendah Sabah Electricity yang mengikuti skim Off Peak Tariff Rider (OPTR) layak menikmati diskaun sehingga 20 peratus bagi penggunaan elektrik ketika waktu luar puncak.


Menerusi satu kenyataan, syarikat utiliti itu bagaimanapun menyatakan diskaun itu tertakluk kepada syarat dan kelayakan yang ditetapkan.


Syarikat berkenaan menjelaskan skim itu membantu perniagaan mengurangkan kos operasi dengan menawarkan diskaun 20 peratus ke atas tarif tenaga (kWj) bagi penggunaan elektrik pada waktu luar puncak iaitu dari jam 10.01 malam hingga jam 7.59 pagi.


“Ia membolehkan perniagaan yang beroperasi lewat malam atau mempunyai faktor beban tinggi untuk mengoptimumkan bil elektrik bulanan.


“Pelaksanaan OPTR bertujuan menggalakkan penggunaan elektrik di luar waktu puncak, meningkatkan kecekapan sistem bekalan elektrik serta membantu pengguna terutamanya sektor komersial dan industri mengurangkan kos operasi melalui kadar tarif yang lebih rendah,” katanya.


Sabah Electricity berkata, OPTR disasarkan kepada pengguna komersial dan industri yang mempunyai fleksibiliti operasi untuk mengalihkan penggunaan elektrik ke waktu luar puncak, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan syarikat itu.


Makluman lanjut mengenai skim itu, katanya boleh didapati melalui sesawang Sabah Electricity di www.sesb.com.my.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page