top of page

Donald Mojuntin menang tanpa tanding Ketua Bahagian UPKO Penampang

  • Wartawan Nabalu News
  • Jun 11, 2022
  • 1 min read

Updated: Jun 12, 2022


ree

11 Jun 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Timbalan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Donald Mojuntin kekal sebagai Ketua Bahagian UPKO Penampang bagi penggal 2022-2025.


Beliau diumumkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan Bahagian selepas menerima pencalonan seratus peratus daripada semua cawangan UPKO Penampang yang telah mengadakan Mesyuarat Agung Tritahunan.


ree

Selain beliau, turut diumumkan menang tanpa bertanding ialah Timbalan Ketua Bahagian Carl Mosoom yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UPKO.


Dua naib ketua bahagian dan sepuluh ahli jawatankuasa juga diumumkan menang tanpa bertanding.


Pengerusi Pemilihan Alvin Lee mengumumkan keputusan pencalonan dan pemilihan Bahagian UPKO Penampang selepas mesyuarat parti itu di Dewan Gawir Kg Madsiang di sini, hari ini.


ree

Terdahulu Mesyuarat Agung Bahagian Penampang sebulat suara meluluskan usul agar semua jawatan di peringkat Majlis Tertinggi termasuk Presiden dipertandingkan dalam pemilihan parti kali ini.



ree

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page